Tarikh: 3 November 2008
Masa: 8.00mlm-12.00mlm
Tempat: Penthouse Suite 4, Cattelya Grand Ballroom, Wisma PKPS, Shah Alam Selangor
Anjuran: Dewan Muslimat PAS Kawasan Shah Alam
Kehadiran: Lebih 800 orang tetamu
VVIP:
YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz b. Nikmat (Muryidul Am PAS, Menteri Besar Kelantan)
YB Datuk Haji Kamaruddin Jaafar (Setiausaha Agung PAS Pusat, Ahli Parlimen Tumpat)
YB Khalid Samad (Timb. Pesuruhjaya II PAS Selangor, Ahli Parlimen Shah Alam)
YB Dr. Siti Mariah Mahmod (Ahli Parlimen Kota Raja)
YB Hj. Yaakop Sapari (ADUN Kota Anggerik)
Persembahan:
Saudara Azhan Atan (Juara Akademi Nasyid TV9)
Ahmad Hibatullah Zawawi (Bakat baru)
"...Kelab Penyokong PAS terdiri daripada orang yang bukan Islam, keturunan Cina, keturunan India...saya sendiri tak terfikir bahawa orang India, orang Cina sokong sebuah kelab bagi penyokong PAS...kerana zaman dulu orang Melayu masuk PAS pun payah (ketika ini hadirin ketawa) ...takutlah...takut kena tukar kerja...takut tak boleh subsidi...takut tak boleh baja padi...takut tak boleh itu ini..."
...kerana selalu saya pesan, kita di Malaysia ni kita guna duit RM, bila kita pergi Singapore RM tak laku, kena tukar dengan duit Singapore...tapi bila orang Singapore mari ke Malaysia tak laku duit Singapore kena tukar duit Malaysia...tapi orang Malaysia, orang Singapore bila pergi ke Mekah misalnya tak laku semua...tak laku, duit Amerika tak laku juga di Mekah...kena tukar dengan duit Saudi..kerana kelainan kerajaan...
...tiap-tiap kerajaan, ada rakyatnya, ada currencynya, ada duitnya...dunia ni, Allah taala bagi peluang manusia untuk memerintah, maka masing-masing buat duit...tapi bila manusia masuk dalam kubur, kubur ni takde kerajaan Malaysia , takde kerajaan Kelantan, takde kerajaan Amerika...yang ada kerajaan Allah...tika tu, nak makan, nak minum dalam kubur tak boleh guna duit RM, Dolar...emas jongkong pun tak boleh...yang boleh guna ialah pahala...







0 comments:
Catat Ulasan