
Khamis, Disember 06, 2007
Senyum lah wahai insan... (",)

Selasa, Disember 04, 2007
Hati Seorang Manusia 1

Catatan pada 4 Januari 2007, 9.30 mlm
HATI SEORANG MANUSIA 1
Apa yang aku rasa sekarang?
Adakah perasaan ini, perasaan biasa seorang manusia?
Yang mendambakan kasih sayang manusia...
kononya untuk menggapai cinta Mu Ya Rabbi...
Aku mudah goyah...aku sedar diriku sekarang...
Apa yang aku rasa... Tidak mampu untuk berbuat apap2...
Rasa tidak berguna...rasa hina...rasa lemah...terumbang-ambing...
Rasa macam nak gila.....
Hinggakan ingin sahaja aku hidup dengan duniaku sendiri...
Hidup dengan watak-watak manusia yang aku gambarkan sendiri...
Hidup dengan suasana yang aku sahaja tahu indah atau gelita ...
... hidup seperti mana yang aku mahu...
Aku tidak menyusahkan orang...orang tak menyusahkan aku...
Manusia masing-masing sibuk dengan diri mereka sendiri...
Tidak ambil tahu hal-hal orang disekeling, nafsi-nafsi
Tiada rasa iri hati..tiada rasa geram, marah dan benci...
Kerana mereka ada dunia khayalan sendiri...
Entahlah... aku sendiri tak faham kenapa kadang kala aku rasa perasaan–perasaan ini...
Kecewa, sedih, hina, rasa diri tidak berguna, lemah.....
Marah, geram, tidak puas hati, benci.....
Datangnya kadang kala... Lemas dan merimaskan...
Satu masa yang lain....
Aku rasa bahagia, tenang, gembira, ceria, berani...
Boleh menyayangi, memahami, mendorong dan memotivasi....
Datangnya pun kadang kala... Bahagia dan membahagiakan...
Aku perlu cari jawapan... secepat mungkin...
Sebelum terlambat... Sebelum aku lemas, mati hati dan mati jasad
Adakah yang tahu, boleh menerangkan padaku
Boleh menunjuk jalan aku ke cahaya itu....
Inya-Allah ada yang tahu...
Aku yakin ada yang tahu...
Ya Allah temukan aku jawapan itu
Ya Allah bimbinglah aku... berikan aku hidayah itu...
Jika samar kau terangilah ia dengan cahaya Rabbani-Mu
Jika tertutup kau bukakanlah ia dengan kilauan Hidayah-Mu
Jika jauh kau dekatkanlah dengan siraman Rahmat-Mu
Jika terhalang kau lapangkanlah ia dengan Kasih-sayang-Mu
Hanya kau Maha Mendengar, Maha Mengetahui, Maha Memahami rintihan hamba-Mu ini....
Ya Allah perkenankanlah permintaanku ini...
Ameen....
bersambung...Hati Seorang Manusia 2



