Khamis, November 29, 2007

KUNING...bukan sebarang KUNING!













bersambung...... Aku datang dengan KUNING 2


Walaupun kami berada di barisan belakang, bau pancutan water cannon dan tembakan gas pemedih mata serba sedikit menyukarkan kami untuk bernafas. Tapi, apa yang lebih menyedihkan kami ialah melihat sahabat-sahabat pemuda yang kesakitan menahan pedihnya terkena 'senjata lembut' FRU sebelum itu....

Akhirnya selepas beberapa lama, kami dibenarkan keluar...tetapi bukan dengan identiti kuning...& kami tidak berjalan secara segerombolan...hanya berjalan kaki melalui koridor2 bangunan kedai / pejabat hinggalah ke Istana Negara. Walaupun kami terlewat, kepuasan untuk bersama-sama meramaikan perhimpunan itu menjadi kenangan manis buat kami...


Untuk mendapat gambaran lanjut mengenai pergerakan dari masjid jamek, tatapilah catatan wartawan harakah yang bersama-sama kami di sana.




Dipetik dari http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/utama/catatan-saksi-mata-dari-perlis-ke-dataran-merdeka.html


Ketika saf hadapan sudah berada di Jalan Tun Perak menuju ke Dataran Merdeka, orang ramai masih lagi bersesak-sesak untuk keluar dari kawasan masjid.

Semasa penulis keluar melalui kawasan belakang mahkamah dan tiba di Jalan Tun Perak, didapati pihak FRU sudah menghalang pergerakan di hadapan bangunan CIMB.

Tatkala itulah beberapa tembakan gas pemedih mata dilepaskan dan orang ramai mula berundur ke belakang.

Pengunduran orang ramai itu memberi peluang FRU mara ke hadapan. Pun begitu, orang ramai yang tadinya bertempiran lari masih berkumpul sambil melaungkan takbir dan 'Lailahaillallah'.

Pancutan 'water cannon' disusuli beberapa lagi tembakan gas pemedih dilepaskan dan orang ramai mula bertempiaran lari ke arah Jalan Masjid India, stesen LRT dan masuk semula ke kawasan masjid.

Penulis sempat berlari ke stesen LRT untuk merawat mata yang pedih. Kelihatan orang ramai termasuk penumpang yang mahu menggunakan khidmat LRT terbatuk-batuk menahan pedih.

"Tak apalah polis, nanti kamu tunggu balasan di akhirat. Hujan lebat-lebat biar kamu di panah petir," jerit seorang kakak yang sedang berlindung di stesen LRT dengan nada geram.

Keadaan reda seketika tetapi orang ramai masih membanjiri Jalan Tun Perak dan penulis sempat menghantar berita melalui SMS kepada Ketua Wartawan, Wan Nordin.

Stesen Star dan Putra LRT MAsjid Jamek serta beberapa kedai-kedai di persekitaran sudah mula ditutup.

Ketika pasukan FRU mara berhampiran OCBC Bank, beberapa das lagi tembakan gas pemedih mata dihalakan kepada orang ramai.

Sekali lagi orang ramai bertempiaran lari ke arah Jalan Melaka, Medan Pasar, Jalan Benteng dan Leboh Ampang untuk berlindung di celah-celah bangunan.

Kali ini penulis dapat merasakan kesan yang lebih teruk dari tembakan gas tersebut. Ianya jatuh tidak jauh dari tempat penulis berada. Ketika itu penulis sedang merakamkan gambar anggota polis yang sedang berkawal.

Malangnya, anggota polis yang tidak bertopeng itu pun turut menjadi mangsa rakan mereka sendiri.

Penulis mengambil masa yang agak lama untuk memulihkan keadaan, namun sempat sekali lagi menghantar berita kepada Wan Nordin.

Keadaan mulai reda di sekitar Jalan Tun Perak dan Masjid Jamek.

Ketika itu, menurut seorang pimpinan PAS dari Selangor, peserta yang tinggal di kawasan itu seperti ekor cicak yang terputus.

"Kita ni dah jadi ekor cicak putus, kepala dan badan entah ke mana?," katanya.

Lebih kurang sepuluh minit kemudiannya. seorang anggota Unit AMAL memberitahu orang ramai untuk bergerak menuju ke Istana Negara sama ada melalui hadapan Dayabumi ataupun Petaling Street.

Orang ramai yang sedang berlegar di sekitar Masjid Jamek, Stesen LRT dan Medan Pasar mula bergerak.



Aku Datang Dengan KUNING...bukan budaya kuning!

http://bm.bersih.org/

Tarikh keramat 10 Nov 2007. Malam sebelum perhimpunan itu hatiku agak gementar, maklumlah media mewar-warkan bahawa sesiapa sahaja yang terlibat; menyaksikan, berada di sekeliling tapak perhimpunan, etc akan ditangkap dan dikenakan tindakan undang-undang oleh Kerajaan DEMOKRASI Malaysia. Namun, kutetapkan jua niat untuk bersama-sama yang lain, sahabat-sahabatku yang lain pun begitu juga...nampak tenang...mungkin di dalam hati mereka berdebar-debar...dapat membayangkan apa yang akan menanti kami esok. Malam itu kami sempat membuat beberapa persediaan, maklumlah ibarat pergi ke medan perang...perlu ada bekalan; makanan, ubat-ubatan dan yang paling utama yang perlu di bawa ialah senjata DOA tidak kami lupakan.



Esoknya kami berkumpul di satu tempat dan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Ditakdirkan hari itu aku berada di Masjid Jamek, salah satu tempat berkumpul kumpulan BERSIH dan paling mencabar tempat kami berhampiran Dataran Merdeka. Sebelum sampai ke Masjid sudah kelihatan ramai polis & anggota FRU berkumpul di sekitar Dataran Merdeka dan Masjid Jamek...teruja menyambut kehadiran kami.

Selesai Solat Zuhur (yang pastinya, x de sorang pun polis & anggota FRU solat bersama kami..agak-agaknya mereka jamak kot...bersangka baik....(",) ). kami bersiap menyalutkan tubuh badan kami dengan pakaian, headband, sepanduk berwarna KUNING...BERSIH...

Kami cuba keluar dari masjid Jamek, yang perempuan di bahagian belakang & lelaki di bahagian depan. Ketua perhimpunan membuat sedikit ucapan dan melaungkan kata-kata semangat menuntut pilihanraya yang BERSIH. Kami cuba keluar....tetapi dihalang oleh beberapa anggota polis dan FRU yang bertugas...

Beberapa pemuda cuba untuk keluar dari pintu depan masjid, tetapi di halang...hujan mula turun...agak renyai...dalam kebasahan kami cuba juga keluar...kelihatan trak FRU bergerak maju ke arah demonstran di hadapan...dengan tidak semena-mena terhamburlah Water Cannon dari trak tersebut...dan dengan keBESARan Allah s.w.t hujan lebat turun mencurah-curah sebaik sahaja air berbisa itu singgah di tubuh demontsran...

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Lailaha Illallah!!! 7 x...

Bantuan tuhan...berupa hujan lebat itu disambut kami dengan laungan takbir dan kalimah jalallah....

namun, kezaliman dan layanan buruk polis & FRU kepada rakyat tidak terhenti setakat itu.....

bersambung.....
Related Posts with Thumbnails