Jumaat, November 06, 2009

PRU13, Selangor dan Nasihat Ust Tuan Ibrahim Tuan Man



Assalammualaikum dan Salam muzakarah...

Alhamdulillah, melalui beberapa muzakarah dan usrah yang saya ikuti saya berhajat berkongsi input dan pandangan bersama-sama sahabat-sahabat dimedia baru ini.

Sedikit analisis daripada apa yang berlaku di Selangor dan di era pengisian kemenangan Pakatan Rakyat di Malaysia menunjukkan beberapa trend gerakerja siasah dan politik khususnya diperingkat UMNO/BN ke arah merampas kembali kerajaan-kerajaan yang diterajui oleh Pakatan Rakyat.

Cuba kita fikirkan dan renungkan beberapa fakta di bawah:


1. Jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor adalah Presiden UMNO/BN merangkap Perdana Menteri Malaysia sendiri, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak.

2. Selangor: Antara negeri-negeri di Malaysia yang mempunyai sumber hasil terkaya di Malaysia. Jatuhnya Selangor kepada UMNO/BN membawa perubahan sangat besar kepada UMNO/BN kerana melalui Selangor satu jumlah dana akan diperolehi sekelip mata. Sangat diperlukan untuk perbelanjaan gerak kerja PRU 13 nanti.

Berkenaan persiapan dan tindakan dalaman, seharusnya pakatan rakyat khususnya pendokong dan penyokong PAS kembali kepada gerakerja utama melaksanakan usaha-usaha dakwah dan menerangkan tentang perjuangan Islam di Malaysia. Kawasan dan cawangan perlu digerakkan dan ditambah, muslimat perlu perbanyakan ziarah dan turun padang, Pemuda dan Unit Amal giatkan usaha bertemu golongan muda, dekati mereka.

Serahkan urusan dasar, siasatan dan tindakan hukuman kepada platform yang diberi kuasa seperti badan disiplin yang dilantik. Sebagai orang muda khususnya, hindarkan diri kita berada di mana-mana 'kem' supaya kita boleh bertindak rasional, lakukan pemerhatian dan belajarlah dari konflik yang timbul agar kita menjadi matang. Biar kita lahir daripada tarbiyah yang rasional dan realistik dan jangan biarkan kita lahir daripada tarbiyah yang mengadu domba dan sentimen perasaan.

Itu prinsip saya kerana lima tahun atau 10 tahun akan datang saya dan sahabat-sahabat generasi pelapis pula akan mendepani cabaran yang lebih sukar. Siapkan diri dengan ilmu dan bekalan yang cukup.

Akhirnya kita ikuti pandangan dan nasihat daripada Ust Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai situasi yang berlaku akhir-akhir ini.

Dipetik daripada artikel di blog Ust Tuan Ibrahim Tuan Man



JANGAN TERPERANGKAP DENGAN AGENDA MUSUH

ISNIN, 02 NOVEMBER 2009 | 14 ZULKAEDAH 1430H

Seluruh petugas parti diingatkan agar jangan terperangkap dengan agenda musuh dengan menghabiskan masa dan tenaga kepada perkara yang remeh temeh dengan menimbulkan polimik sesama sendiri, sehingga mengabaikan tangungjawab kepada usaha memenangi pilihanraya ke 13.

Kita mesti ingat bahawa selepas PRU ke 12 dan beberapa PRK yang kita lalui menyebabkan UMNO/BN berada pada tahap yang sangat kritikal. Sokongan rakyat kepada PR menyebabkan mereka beralih kepada strategi baru iaitu menimbulkan pergolakan dalaman parti-parti dalam gabungan PR dan mencetuskan agenda perbezaan pandangan dalaman parti PR. Strategi ini ternyata berkesan sehingga tiba-tiba sahaja muncul pelbagai pandangan dalaman yang berbeza sehinga mencetuskan kegawatan dalaman berlaku pada semua parti dalam PR. Sedangkan isu sebenar ialah pergolakan dalaman BN.

Kaedah mengalih perhatian diguna sepenuhnya oleh media perdana dan media baru sehingga kini dilihat berjaya. Pengalihan pandangan dan pemerhatian ini menyebabkan seluruh pemerhatian tertumpu kepada soal krisis yang diciptakan menyebabkan terlalu banyak masa, tenaga dan fikiran tertumpu kepada perkara yang tidak sepatutnya dihabiskan.

Kita mesti kembali kepada landasan kerja persiapan menghadapi pilihanraya:

* Berapa ramai pengundi baru yang kita sasarkan dapat dicapai,
* Bagaimana persiapan bilik gerakan
* Semakan daftar pemilih terkini
* Semakan rang yang dibentangkan
* Bantahan yang perlu dibuat
* Cadangan persempadanan pilihanraya, jawatankuasa persempadanan pilihanraya
* Permasalahan kewangan setiap dun, parlimen, dan UPU

Apa tindakan kita untuk memastikan segalanya berjalan dengan cukup lancar? Ini yang perlu diberi tumpuan. Jangan kita terperangkap dengan agenda musuh agar kita menghabiskan masa kepada perkara yang bukan menjadi tugas kita. Dengan kata lain jangan anda habis masa, tenaga dan wang ringgit memikirkan masalah yang sebenarnya bukan masalah.


Dulu ada satu kisah enam orang pelabur berbincang untuk menjalankan ternakan kambing, cadangan sangat baik. Tetapi bila sampai kepada bagaimana pembahagiaan keuntungan, suasana mula tegang. Masing-masing rasa dia sepatutnya mendapat lebih banyak berbanding yang lain. Keadaan makin tak terkawal sehinggalah seorang yang lebih banyak berdiam diri dalam mesyuarat sejak awal berkata:

“Kita nak bahagi keuntungan, tapi di mana kambingnya. Kambing pun tak ada lagi, dah bincang untung rugi”.

Barulah mereka sedar rupanya mereka bincang perkara yang tak ada. Menghabiskan masa, tenaga dan memeningkan kepala saja.

Sekarang kita perlu sedar sebelum terlewat. Jangan masuk perangkap musuh yang sengaja menimbulkan perpecahan di kalangan kita. Di mana ukhuwah jamaah, sehingga kita menyerang sahabat dalam satu jamaah lebih hebat dari kita meyerang ‘musuh’ kita sebenar. Apakah sudah hilang ukhuwah jamaah, sudah hilang rasa sayang pada saudara sesama jamaah, sehingga kita sanggup memberikan peluru kepada musuh untuk menyerang sahabat kita. Saya yakin tanpa kita sedar sebenarnya kita sedikit demi sedikit telah termasuk dalam perangkap musuh.

Sabtu, Oktober 24, 2009

Movies & Song Critics: 1 LITRE OF TEARS, Kisah Penuh Hikmah & Pengajaran

Assalammualaikum dan salam pertemuan ... Entri kali ini agak ringan dan bersahaja namun mesej disebalik apa yang cuba dipaparkan bagi saya amat bermakna. Mengajar kita merenung kehidupan dan mensyukuri segala nikmat yang Allah s.w.t kurniakan hatta sehela nafas yang disedut dan dilepaskan...

Mungkin ini entri pertama untuk ruangan Movies Songs Critics yang saya cuba aplikasikan daripada aktiviti yang diperkenalkan oleh Nisa.

Siri TV: One Litre of Tears ini saya pilih untuk dianalisis dan dikritik bersama supaya aktiviti menonton boleh dijadikan satu program pengisian bermanfaat. Untuk diri kita dan orang lain.

Tidak salah menonton sesuatu siri tv/drama/filem jika matlamat dan tujuan menonton itu ditetapkan dengan jelas di dalam minda kita. Apa yang memudaratkan ialah apabila minda kita tidak dipandu dan tidak diarahkan untuk menapis baik dan buruk mesej dari cerita yang kita tonton.

Baiklah, kita teruskan dengan entri kali ini. Siri TV dari negara matahari terbit;Jepun ini cukup menyentuh hati dan mampu membuat kita berfikir dan apa yang saya dapat kongsikan ialah:

1. Meningkatkan kesedaran hakikat penciptaan seorang manusia. Allah s.w.t berkuasa ke atas sesuatu, sebagai hamba dan makhluk yang diciptakan kita perlu akur atas apa yang ditentukan.

2. Syukuri nikmat sihat sebelum sakit.

3. Hayati setiap saat dalam hidup kita dan gunakan untuk perkara bermanfaat.

4. Hargai ibu bapa, adik beradik dan sahabat-sahabat di sekeliling kita. Saat susah mereka lah yang sentiasa bersama kita.

5. Teruskan hidup, jangan berputus asa.

dan 1001 nilai-nilai positif terdapat di dalam kisah ini.

Sedikit pengenalan mengenai siri tv ini:-


Gambar sebenar Ikeuchi Aya.


Ikeuchi Aya (lakonan Erika Sawajiri) bersama keluara di dalam siri tv One Litre of Tears.

Drama/Filem: One Litre of Tears

Negara pengeluar: Jepun

Sinopsis:
Berdasarkan kisah benar. Menceritakan kisah seorang gadis bernama Aya yang menderita penyakit sukar diubati tetapi bertahan selama 10tahun sehingga umurnya 25 tahun kemudian meninggal dunia. Kisah ini diadaptasi dari siri diari IkeuchiAya yang ditulis sehinggalah dia tidak mampu memegang pen. Kemudian diari beliau diterbitkan menjadi karya bertajuk One Litre Of Tears telah terjual kira-kira 1.1 million naskah.

Sekadar berkongsi luahan rasa tulisan Ikeuchi Aya di dalam siri diari miliknya.

The Other side of suffering

By: Ikeuchi Aya

Everyone feels pain
But surely, after suffering satisfaction will arrive
Even with sports, studying or other ordeals
With life, it’s like that for everyone
If we can beat the pain, on the other side,
A rainbow of happiness awaits us
That will definitely become a treasure
Let’s believe in that

Step by step


When my existence seems to disappear,
I will look for the place where I can do the best I can,
From now on, I will deliberate slowly,
I won’t be impatient, I won’t be greedy I won’t give up
Because everyone takes things step by step
Reality is too cruel, too brutal
I don’t even have the right to dream
As I think about the future, the tears will come out again
Where should I heard towards?
Even if there isn’t an answer,
I’ll feel better by writing it down
I’ll looked for a pair of helping hands
But I couldn’t feel them, couldn’t see them
I only feel towards the darkness and hear the sounds of my hopeless screams



Suntingan video siri tv: (Lakonan Erika)

video



Rujukan lain:

SINOPSIS BERGAMBAR

P/S: Movies & Songs Critics adalah salah satu modul yang boleh digunakan dalam program motivasi bersama remaja. Gunakan teknologi dan bahan-bahan semasa untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan remaja lewat zaman globalisasi ini. InsyaAllah dakwah dapat disampaikan dengan mudah, difahami oleh golongan sasaran dan pastinya mereka rasa dekat dengan kita (daei) kerana kita juga 'hidup' dalam dunia mereka.
Related Posts with Thumbnails